Followers

Tuesday, February 22, 2011

nazatul & hafeez | 19.02.2011








Detik pertemuan sama-sama menjejakkan kaki ke Universiti Putra Malaysia menjadi titik tolak perkenalan dua hati Nazatul & Ahmad Hafeez.... Sungguh cantik, sama padan kedua-dua mempelai ini mengenakan persalinan Pink Cream hasil ilham daripada FnB Collection, Klang.... Terima kasih diucapkan kepada Fariz Muhazir Theweddingphotogs  di atas sumbangan gambar majlis resepsi di pihak Nazatul ini.... Selamat Pengantin Baru... Semoga kekal ke akhir hayat.......

Tuesday, February 15, 2011

Make-Up Artiste @ Studio 1 NTV 7

 


13.02.2011 Fid mendapat job untuk shoot rakaman siri Ewah-Ewah Lagi TV3 @ Studio 1 NTV 7.... call time jam 1:00pm & ada 2 episod rakaman pada hari ini..... Pengacara siri kali ini adalah Wahid Senario + Nabil Raja Lawak..... 

Episod 1 bertema badut @ clown.... agak mencabar task ini kerana make up perlu bermain ngan karakter..... Episod 2 pula untuk episod ibu + anak..... Fid menata rias Linda Rafar + Memen (anak Linda)..... Antara artist yang Fid make up untuk pgrm kali ini adalah Azrul Raja Lawak, Faiz Muzik-Muzik..... Rakaman pada hari tersebut berakhir pada jam 10:00pm..... Sukses!!!!

Sunday, February 13, 2011

Perkahwinan Yatie & Talib ~ Cute Couple........


Hurm.... comelnya sepupuku yang sorang nie.... errmmmm kali nie Fid nk share moment paling berharga untuk Yatie dan pasangannya Talib..... Yatie & Talib telah selamat dinikahkan pada bulan Disember 2010 dan majlis nikah telah diadakan di Pejabat Agama Daerah Klang....



Yatie seorang yang sangat pemalu.... Mula2 dia mmg xnk wat make up nie tp dengan desakan kami sepupu & mak sedara, akhirmya Yatie akur dengan permintaan kami untuk di make over kan.... Walaupun bersaiz badan agak besar tetapi Yatie mempunyai kulit muka yang bersih & kurang cela di kulit muka.... Proses make up yang diambil tidak lah begitu lama & hasilnya....... saksikan sendiri..... sungguh tembam pipi beliau........











Bukan kerja mudah untuk mendapatkan hasil seperti yang dilihat..... Pelbagai pose telah ditunjukkan oleh sepupu-sepupu kami & Yatie akhirnya telah memberikan pose yang agak baik & manja..... terima kasih kepada Abg Long Sham (SLRiderDiver Photography - 0123203686) & Zana Anuar (Junior Photographer)...... hurmm dorang nie pon sepupu kitorang jugak.....hehehehe..... We come in package!!!....... kalau berminat leh la contact mereka untuk mendapatkan pakej gambar perkahwinan anda...... 



- klik untuk besarkan gambar -

Di sini Fid mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Yatie & Talib.... Semoga kekal berbahagia ke akhir hayat serta dikurniakan zuriat...... Amiinn.....

Sunday, February 6, 2011

Persandingan Azian Tema 'Pink+Cream' ~ 05.02.2011


Sambungan cerita tentang majlis perkahwinan Azian & pasangannya..... jam 9:30am Azian sudah tiba di butik FnB Collection untuk persiapan make up bagi majlis persandingannya pada tengahari tersebut..... walaupun Fid menjangkakan Azian akan tiba pada jam 10:30am..... operasi make over berjalan seperti biasa..... pengalaman make over Azian untuk majlis nikah pada ari sebelumnya telah memberi kan Fid idea untuk menata rias Azian bagi majlis sanding tersebut.....

Dengan tema 'pink+cream' warna favourite Fid...... hehehehehe....... proses make over mengambil masa +-1 jam 30 minit juga coz Fid mahukan hasil terbaik bagi majlis sanding Azian.... Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar & Aziean nampak sangat elegen dengan pakaian & aksesori daripada butik FnB Collection, Sungai Udang.....

- klik untuk besarkan gambar - 

Fid sedang mendapatkan gambar majlis perkahwinan Azian daripada jurukamera & Fid akan share gmbar perkahwinannya untuk tatapan semua .......>.<

Saturday, February 5, 2011

Pernikahan Aziean & Roffle | 04.02.2011




Tugasan pertama Fid pada minggu ini adalah majlis pernikahan Azian & (oopss sape nama bakal suami Azian)... Job make up daripada Butik FnB Collection (Abang Fadil@Anjang).... Sesudah solat Jumaat Fid bergegas ke Butik FnB Collection kerana di khabarkan pengantin akan bernikah pada jam 3:00pm... tunggu punya tunggu kol 3:00pm tepat bakal pengantin tiba tersipu2.... al-kisahnya majlis nikah yang sebenarnya adalah jam 5:00pm.... wat cuak Fid je.... so tanpa lengah masa Fid start la make up Azian..... 

Azian berwajah bulat, kompleksi kulit agak rata namun terdapat juga open pores d bahagian t-zone & bahagian pipi..... proses menutup open pores d mulakan dengan concealer.... step by step make up by Fid Fizie seperti biasa..... tema make up nikah lite2 manja..... dan inilah hasilnya......


- klik untuk besarkan gambar - 






Inilah hasil make up nikah untuk Azian pada ptg td.... majlis sanding pihak perempuan akan diadakan pada hari Sabtu (05.02.2011).... Insya Allah jika ada kesempatan Fid akan share pix untuk majlis sanding tema pink + cream....

Thursday, February 3, 2011

Make Up Ana Rafali @ NSTP Bangsar



Menjejakkan kaki ke NSTP Bangsar untuk job Harian Metro artis Ana Rafali sedikit sebanyak terdetik rasa nervous walaupun Fid dh berpengalaman semasa kontrak bersama Astro Ria utk program realiti Akademi Fantasia 7 dulu.... Job bersama dengan Rose Jr ini tampak sedikit mudah apabila mendapat kerjasama yang sangat baik dari artis Ana Rafali juga pihak pengurusan Ana....

Kehadiran Ana Rafali ke studio bersama dengan PA & juga pihak label pengurusan naungan Ana (terima kasih untuk Along@Juan Danza)  on time. Sejurus tiba, Fid dan Kak Rose memulakan proses make up Ana tanpa banyak masalah kerana Ana sangat mudah memberikan kerjasama kepada kami untuk photoshoot pada ptg itu... Zul Husni, wartawan hiburan yang bertanggungjawab terhadap photoshoot pada ptg itu memberikan sepenuh kepercayaan kepada kami untuk memberikan sentuhan emas kepada Ana & hasilnya semua pihak sangat berpuas hati....

Photoshoot mengambil masa dalam 2 jam dan ia berakhir dalam jam 5:30pm..... Anyway Fid nk wish Happy Chinese New Year kpd semua yang berbangsa Cina dengan ucapan Have a Prosperity NewYear......

Tuesday, February 1, 2011

Pertunangan Siti Aishah Persis Majlis Pernikahan


Tanggal 10.10.10 menjadi detik penuh bermakna buat Siti Aishah apabila melangkah ke alam pertunangan dengan pasangannya Mohd Taha.... Siti Aishah merupakan sepupu Fid dan Siti merupakan anak kepada Pak Lang Fid.... Berwajah agak bulat Siti mempunyai kulit muka yang sedikit berjerawat tetapi itu bukan alasan untuk Fid menjadikan wajah Siti berseri-seri di hari pertungannya..... 



Senyuman gemuruh detik-detik penuh bermakna di hari yang sungguh bersejarah buat Siti.... Di bibir terukir senyuman tetapi di hati hanya Tuhan saja yang tahu..... 



Beginilah bersungguh-sungguhnya Angah Boy (panggilan Fid di kalangan ahli keluarga terdekat).... hehehehehehe.... biar lah senget ke tertonggeng ke yg penting Siti tampil anggun di hari bahagia nya...



Pose manja Siti di kamar tidur pengantin..... persiapan pertunangan Siti persis majlis pernikahan sehinggakan tetamu yang hadir tampak konfius.... masing-masing berbisik sesama sendiri, namun itulah hakikatnya....


Inilah hasil sentuhan Angah Boy untuk sepupunya...... cantik x?...... hehehehehe...dengan senyuman yang sungguh manis tetamu terpegun & terpesona dengan hasil makeOver Fid pada hari bersejarah tersebut..... tanggal 10.10.10 terlakarlah sejarah buat pasangan Siti Aishah & Mohd Taha..... Fid mendoakan agar ikatan pertunangan ini akan membawa mereka sehingga ke jinjang pelamin ...... Insya Allah......